Monday 6 May 2013

Resepi Kek Butter Moist Mudah

RESEPI KEK BUTTER MOIST MUDAH 

Pengenalan

Kek Butter merupakan sejenis kek yang mempunyai satu bahan yang agak penting, iaitu butter atau dikenali sebagai mentega. Kek Butter biasanya mengandungi bahan-bahan seperti butter (mentega), sugar, telur, tepung dan ejen penaik (serbuk penaik atau soda bikarbonat). Bahan-Bahan biasa sahaja yang digunakan untuk membuat kek yang besar dan penuh dengan rasa yang enak sekali.

Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah pembuatan yang berlainan. Untuk membuat Kek Butter, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Bahan-bahan untuk Kek Butter senang didapati di pasaraya atau kedai menjual bahan kek. Di samping itu, Kek Butter juga sangat dialu-alukan di setiap tempat sebagai pencuci mulut untuk ramai orang. Oleh sebab itu, Kek Butter juga boleh dibeli di mana-mana kedai kek dan roti.

Tambahan pula, Kek Butter yang dihasilkan telah memberikan peluang perniagaan kepada masyarakat Malaysia sekarang disebabkan kek ini dapat memberikan keuntungan yang banyak sebab hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa dengan kos rendah. Penghasilan kek yang sedap ini adalah melalui proses yang ringkas. Kepelbagaian rasa dan saiz untuk kek ini disambut hangat di kalangan masyarakat. Kek Butter yang paling ringkas, biasa dan mudah serta Kek Butter Marmar Susu akan diperkenalkan dengan resepi yang menarik.

Resepi Kek Butter Moist Mudah
Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Butter
250gm butter
200gm gula kastor
5 biji telur gred A
210gm tepung kek
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla sodium
60ml susu segar/ wholemilk


Cara-Cara untuk Membuat Resepi Kek Butter Moist Mudah
1) Pertama sekali, putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan putar dengan rata.

2) Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

3) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang.

4) Masukkan telur kuning sebutir demi sebutir dan sambil terus diputar sehingga rata dan gebu.

5) Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

6) Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.

7) Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

8) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dan ratakan.

9) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing. Boleh Kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

10) Biarkan di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas dawai penderai atau redai.

11) Sejukkan di atas dawai penderai dan potong semasa kek tersebut telah sejuk. Selepas itu, sedia untuk dihidangkan.

Tips: Semasa membakar kek, sekiranya didapati bahagian tengahnya masih belum masak tetapi di bahagian atas kek telah cukup masak, letakkan sehelai aluminium foil di atas permukaan kek dan tambahkan lagi waktu untuk membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Kemudian cuba kek itu samada sudah masak atau belum. Sekiranya belum masak, langkah ini akan diteruskan sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil adalah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.



Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Butter Moist Mudah

250gm butter
200gm gula kastor
4 biji telur gred A
290gm tepung naik sendiri
50gm susu pekat manis
100g susu cair
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu the kapucino emulco
1 sudu the esen vanilla
Kepingan badam sebagai hiasan

Cara-Cara untuk Membuat Resepi Kek Butter Moist Mudah

1) Pqnaskan ketuhar pada suhu 150 °C.

2) Sediakan loyang berukuran 8 inci.

3) Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek.

4) Pukul butter dan gula sehingga sebati.

5) Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul adunan sehingga sebati.

6) Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan susu cair.

7) Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.

8) Ambil 1/4 daripada adunan tersebut.

9) Sedikit dari 1/4 adunan tersebut akan dicampurkan dengan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau dengan rata dan sebati.

10) Letakkan esen vanilla di dalam adunan yang tertinggal dari 1/4 adunan tersebut dan kacau dengan rata.

11) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan coklat kapucino.

12) Buatkan bentuk marble dengan menggunakan belakang sudu.

13) Hiaskan dengan taburan kepingan badam.

14) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 °C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.

Tips: Jikalau tidak menggemari rasa yang terlalu manis, boleh guna separuh sahaja dari 200gm gula kastor tersebut dan separuh lagi boleh menggunakan glukosa. Mestilah ingat bahawa kalau ingin membuat kek, memang tidak boleh kurangkan gula dengan sesuka hati sebab kek mesti ada masalah atau mempunyai rasa yang pelik. Jadi, boleh gunakan separuh gula dan separuh glukosa yang menepati kandungan gula dalam adunan.

Resepi Kek Butter Moist Mudah mempunyai rasa yang sangat gebu dan lembut. Ianya memberikan rasa yang seolah mencair di dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Resepi Kek Butter Moist Mudah boleh menyebabkan seseorang makan beberapa ketul tanpa disedari kerana teksturnya yang sangat lembut dan gebu. Cara untuk membuat Kek Butter adalah sangat ringkas dan cukup mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sangat minima sahaja.


 

Lihat Juga...
 

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

http://resepimeekari.blogspot.com/


Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/